Sunday 27 February 2011

PERKHIDMATAN KAMI

Kami menyediakan perkhidmatan yang boleh memudahkan anda untuk berurusan dengan pelbagai pihak yang terbabit didalam urusan permohonan pembantu rumah dan juga perkara-perkara yang berkaitan.
- Urusan permohonan pembantu rumah baru.
- Pembaharuan permit kerja dan pembayaran levi.
- Urusan FOMEMA (pemeriksaan kesihatan pembantu rumah) untuk tujuan pembaharuan permit kerja.
- Urusan insuran pembantu rumah baru.
- Urusan lanjutan pasport pembantu rumah yang akan tamat tempoh khidmat nasihat percuma berkaitan isu pembantu rumah dan majikan.
- Lain-lain khidmat yang berkaitan.


Pengambilan Pembantu Rumah Asing Mengikut Pakej. Ia adalah bergantung kepada bekalan yang ditawarkan dari Agen Indonesia. Semua PRT diberi jaminan 3 bulan dari tarikh mula bekerja dengan majikan. Kategori pakej akan dimaklumkan di dalam siaran maklumat biodata PRT Muslimah. Segala jaminan adalah terus daripada agen di Indonesia (Back To Back). Majikan harus maklum bahawa bila berurusan dengan Agen Indonesia terdapat risiko gantian lambat atau tiada gantian daripada Agen Indonesia. Hal ini adalah akibat masalah berpunca daripada pihak ketiga seperti Pembantu Rumah itu sendiri yang membatalkan keinginan mereka utk datang ke Malaysia pada saat-saat akhir walaupun semua kos seperti Urusan biaya Paspot, Laporan Medikal dan termasuk Tiket Pesawat telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Agen. Majikan/Pelanggan harus maklum bahawa persaingan yang sengit utk mendapatkan Pembantu yang baik dan kualiti tinggi utk bekerja di Malaysia bukanlah senang didapati kerana ramai di kalangan mereka lebih bersedia bekerja di rantau Timur Tengah dan juga Hong Kong serta Taiwan kerana tawaran gaji yang diberikan lebih lumayan iaitu melebihi RM1000 sebulan. Mereka yang datang ke Malaysia majoriti terdiri dari Gred B dan C. Agen hanya bertindak sebagai konsultan dalam menguruskan pembantu rumah dan tidak mampu untuk menjangka dan menanggung sebarang liabiliti luar jangka dan risiko akibat kelemahan dan kesilapan pihak ketiga iaitu Pembantu Rumah itu sendiri.

PEMBANTU RUMAH ASING (WARGA INDONESIA)


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
a. Bakal PRA mestilah:
- Perempuan
- Berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
- Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik.
- Berada di negara asal
- Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
b. PRA yang gagal pemeriksaan kesihatan:
- Tidak dibenarkan bekerja
- Majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN
a. Permohonan pengambilan secara:
- Majikan sendiri
- Melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
b. Pastikan Borang Permohonan beserta dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
c. Majikan terdiri daripada suami atau isteri dan mempunyai:
- Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
- Ibu bapa yang sakit/uzur.
d. Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) PRA yang layak dipohon untuk satu keluarga.
e. Kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber dari Indonesia;-
Jumlah Pendapatan Majikan (Bersih) RM3,000.00
Bayaran Sita (Personal Bond) RM250.00
f. Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak memohon.
g. Permohonan PRA kedua, majikan mestilah:
- Mempunyai alasan yang kukuh dan
- Mempunyai pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
h. Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
i. Sebaik sahaja PRA tiba di negara ini, majikan hendaklah:
- Membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd. dan 
- Mendapatkan pelekat PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba.